Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Agenda New Malaysia Di Media Sosial Undang Provokasi Kaum Dan Agama Pengarah Cawangan Khas

Diterbitkan: 20 Jul 2022 5.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Serangan pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu "New Malaysia", yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial, semakin membimbangkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-agenda-new-malaysia-di-media-sosial-undang-provokasi-kaum-dan-agama-pengarah-cawangan-khas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:20 MYT
Putrajaya, 20 Julai 2022 - Serangan pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu "New Malaysia", yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial, semakin membimbangkan.
Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Zamri Yahya berkata, trend semasa penyalahgunaan media sosial semakin membimbangkan iaitu bagi penyebaran berita palsu, salah faham dan untuk mencapai pemutarbalikan kebenaran.
"Penyalahgunaan ini akan menyemai pemikiran baharu kepada orang ramai untuk menolak sistem sedia ada.
"Orang ramai semakin keliru dan jadi tidak menentu kerana maklumat diselewengkan, sekali gus timbulkan kegusaran dan mengancam keharmonian negara," katanya.
Dato' Sri Zamri berkata demikian ketika menjadi panel jemputan bertajuk "Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa dan Akan Datang" pada Persidangan Keselamatan Negara 2022, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../agenda-new-malaysia-di...
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2022 5.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM