Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Acp Rupeah Wanita Pertama Jadi Ketua Polis Daerah Di Johor

Published: 14 Sep 2020 9.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 14 September 2020 - Juruiring Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, ACP Puan Rupeah Abd Wahid dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Johor Bahru Utara (JBU).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-acp-rupeah-wanita-pertama-jadi-ketua-polis-daerah-di-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT

 

Johor Bahru, 14 September 2020 - Juruiring Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, ACP Puan Rupeah Abd Wahid dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Johor Bahru Utara (JBU).

Puan Rupeah, 57, yang berasal dari Batu Pahat adalah pegawai polis wanita pertama di Johor yang menjawat jawatan itu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay memberi kepercayaan kepada Puan Rupeah menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah dengan pengalaman dimiliki wanita itu.

"Kalau kita lihat kebanyakan pengarah agensi perisikan seperti CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat), kebanyakannya wanita.

"Kelebihan yang ada pada wanita, mereka ini teliti," kata beliau selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPD JBU di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini, hari ini.

Sementara itu, Puan Rupeah berkata, dia mahu menumpukan keselamatan masyarakat di sekitar kawasan bandar raya ini dalam menggalas tugas baharunya itu.

"Selain menjaga keselamatan rakyat, saya akan patuh dan setia kepada Ketua Polis Johor dan ikut setiap arahan yang diberikan," katanya yang sudah 39 tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Acp Rupeah Wanita Pertama Jadi Ketua Polis Daerah Di Johor
ArticlePublished 14 Sep 2020 9.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM