
Article
Artikel Pilihan 9 500 Pegawai Anggota Polis Akan Ditugaskan Di Prn Sabah
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2025 - Seramai 9,500 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sep...
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2025 - Seramai 9,500 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, berkata penugasan itu membabitkan keseluruhan kawasan di negeri berkenaan termasuk 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan dengan lebih 3,500 saluran mengundi di Sabah.
"Kita turut mengambil kira keluasan dan cabaran geografi negeri berkenaan yang memerlukan persiapan logistik.
"Ini termasuk penggunaan helikopter bagi memastikan penempatan anggota dapat dilaksanakan dengan berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Percubaan Bilangan 13 Siri 1/2025 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../9500-pegawai-anggota-polis...
Sumber: Berita Harian