
Article
Artikel Pilihan 89 Lagi Ditahan Dalam Ops Cantas Khas Kuala Kedah
Sumber: Polis Kedah dan Berita Harian Online
Alor Setar, 25 September 2022 - Enam lagi individu yang dikehendaki polis antara 89 yang ditahan termasuk lima wanita dalam Ops Cantas Khas pada hari kedua di sekitar Kuala Kedah, semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan dalam operasi besar-besaran selama dua hari itu adalah seramai 158 orang termasuk 10 orang dikehendaki polis atas pelbagai kesalahan.
Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam operasi bermula jam 10 pagi semalam, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 382 individu di kawasan itu selain pemeriksaan di 159 rumah.
Beliau berkata, operasi itu membabitkan seramai 280 pegawai kanan dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../89-lagi-ditahan-dalam-ops...
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: