Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 82 Peratus Kenderaan Polis Negeri Sembilan Lebih Had Usia Penggunaan Timbalan Kpn

Published: 15 Nov 2021 8.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 15 November 2021 - Sebanyak 82 peratus daripada keseluruhan 827 kenderaan pelbagai jenis milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah melebihi had usia penggunaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-82-peratus-kenderaan-polis-negeri-sembilan-lebih-had-usia-penggunaan-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:07 MYT
Seremban, 15 November 2021 - Sebanyak 82 peratus daripada keseluruhan 827 kenderaan pelbagai jenis milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah melebihi had usia penggunaan.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun aset berkenaan akan digantikan mengikut kemampuan bajet yang diperuntukkan kerajaan secara berperingkat dari masa ke masa.

Beliau berkata, pada masa ini kenderaan berkenaan masih dapat digunakan susulan penyeliaan dan penyelenggaraan mengikut jadual bagi memudahkan penugasan anggota.

“Itu sebabnya kita masih lagi dapat menggunakan kenderaan itu, dari masa ke masa kita akan gantikan kenderaan tersebut dalam melaksanakan tanggungjawab kita di setiap kontinjen dengan baik.

“Kita yakin bahawa kenderaan yang ada di kontinjen ini masih dapat digunakan dan kita dapat selenggara dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas program penyerahan kenderaan pasukan kepada ketua polis daerah dalam kontinjen Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Datuk Seri Hj. Mazlan berkata, pengurusan aset berusia itu melibatkan kos yang tinggi dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani memandangkan tempoh penggunaannya sekurang-kurangnya melebihi 15 tahun.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2023326

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 15 Nov 2021 8.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM