Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 74 437 Saman Dikeluarkan Dalam Op Khas Nombor Pendaftaran

Published: 06 Dec 2021 11.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 - Polis mengeluarkan 74,437 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas (Nombor Pendaftaran) di seluruh negara selama sebulan, berakhir 30 November lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-74-437-saman-dikeluarkan-dalam-op-khas-nombor-pendaftaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:12 MYT
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 - Polis mengeluarkan 74,437 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas (Nombor Pendaftaran) di seluruh negara selama sebulan, berakhir 30 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, 7,874 saman kerana nombor pendaftaran 'fancy' atau tidak mengikut spesifikasi, tiada nombor pendaftaran (2,112), nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (17,035) dan lain-lain kesalahan (49,528).

Datuk Wira Mat Kasim berkata, Op Khas (Nombor Pendaftaran) bertujuan mendidik pemilik dan pengguna kenderaan supaya sentiasa mengikut peraturan, selain memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Katanya, operasi sekatan jalan raya, rondaan cegah kemalangan dan pemantauan berkala oleh petugas trafik di laluan utama serta taman perumahan akan terus ditingkatkan bagi mengesan pengguna jalan raya mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

"JSPT juga akan mengekalkan konsep "zero tolerance" dan "strike force" di kawasan tumpuan orang ramai," ujarnya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../op-khas-nombor-pendaftaran...

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 06 Dec 2021 11.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM