Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 7 000 Kamera Badan Untuk Anggota Urb Mpv Untuk Tingkat Integriti

Diterbitkan: 11 Sep 2023 11.03 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.33 PM
Ipoh, 11 September 2023 - Perolehan 7,000 unit kamera badan bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijangka diterima awal tahun depan akan diutamakan kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) PDRM.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-7-000-kamera-badan-untuk-anggota-urb-mpv-untuk-tingkat-integriti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:42 MYT
Ipoh, 11 September 2023 - Perolehan 7,000 unit kamera badan bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijangka diterima awal tahun depan akan diutamakan kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) PDRM.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, fokus diberikan terhadap dua unit berkenaan terlebih dahulu bagi perolehan fasa pertama, berikutan banyak isu terutama segi integriti timbul membabitkan kedua-duanya.
"Kalau sudah ada kamera itu, Insya-Allah saya rasa isu-isu integriti ini akan dapat kita kurangkan dan kita yakin kalau ada tohmahan dan sebagainya pun, kita boleh rujuk balik kepada rakaman kamera badan terbabit.

"Peringkat 7,000 unit kamera ini akan digunakan untuk URB dan MPV kita dahulu walaupun kalau diikutkan memang banyak lagi (kamera) yang kita perlukan namun yang menjadi fokus sekarang adalah untuk dua unit terbabit.

"Permohonan sudah pun kita buat dan dijangkakan kira-kira 7,000 kamera badan akan kita terima awal tahun depan," katanya selepas perasmian Hari Ulangtahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) ke-44 di Pangkalan Latihan PGU PDRM, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../7000-kamera-badan-untuk...

 
ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2023 11.03 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.33 PM