Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 59 Pegawai Anggota Polis Dibuang Kerja Dalam Tempoh Lima Bulan Pertama 2025

Diterbitkan: 16 Jun 2025 11.59 AM Dikemas kini: 22 Sep 2026 1.23 PM
Maran, 16 Jun 2025 - Sebanyak 59 daripada 492 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenakan tindakan tatatertib telah dibuang kerja dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-59-pegawai-anggota-polis-dibuang-kerja-dalam-tempoh-lima-bulan-pertama-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:19 MYT
Maran, 16 Jun 2025 - Sebanyak 59 daripada 492 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenakan tindakan tatatertib telah dibuang kerja dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad.

Beliau berkata kebanyakan mereka yang dikenakan hukuman berkenaan terlibat dengan kes dadah, diikuti isu integriti, jenayah, rasuah dan syariah.

"Statistik mereka yang dikenakan tindakan berkenaan juga melibatkan kesalahan disiasat atau dilakukan pada tahun sebelum 2025. Selain itu, dalam tempoh lima bulan ini juga sebanyak 671 individu ditahan kerja dan 146 lagi digantung kerja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Maran di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman dan Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai.

Dato' Sri Azri turut memaklumkan dalam tempoh sama, JIPS telah menerima 2,637 aduan dan makiumat berkaitan tatakelakuan warga PDRM daripada pelbagai pihak.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2434632

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan 59 Pegawai Anggota Polis Dibuang Kerja Dalam Tempoh Lima Bulan Pertama 2025
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2025 11.59 AMDikemas kini 22 Sep 2026 1.23 PM