Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 45 Pegawai Anggota Polis Ditahan Sprm Bagi Tempoh Januari Hingga September Lepas Timbalan Kpn

Diterbitkan: 20 Nov 2024 2.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sebanyak 45 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-45-pegawai-anggota-polis-ditahan-sprm-bagi-tempoh-januari-hingga-september-lepas-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:35 MYT
Kuala Lumpur, 20 November 2024 - Sebanyak 45 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, dalam tempoh sama 27 pegawai dan anggota pasukan tersebut telah didakwa di mahkamah atas kesalahan berkenaan dengan 13 individu telah disabitkan kesalahan.

"Bagi tempoh itu juga Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman telah membuka 1,557 kertas siasatan tatatertib dan 1,118 kertas enkuiri tatatertib terhadap anggota serta pegawai yang disyaki melanggar peraturan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah PDRM sempena Hari Integriti peringkat pasukan berkenaan di Bukit Aman di sini hari ini.

Pada majlis itu 51 anggota dan pegawai polis menerima sijil penghargaan PDRM dan SPRM kerana mempamerkan integriti tinggi menolak rasuah.

Dalam pada itu, Dato' Sri Ayob Khan turut mengingatkan barisan kepimpinan PDRM di semua peringkat untuk mengambil tindakan tegas ke atas semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam sebarang aktiviti rasuah dan salah guna kuasa tanpa mengira pangkat dan jawatan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan 45 Pegawai Anggota Polis Ditahan Sprm Bagi Tempoh Januari Hingga September Lepas Timbalan Kpn
ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2024 2.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM