Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 27 Pempengaruh Media Sosial Ditahan Promosi Judi Haram Dalam Talian

Published: 14 Jun 2024 8.53 AM Updated: 15 Aug 2026 8.10 PM
Kuala Lumpur, 14 Jun 2024 - Polis menahan 27 pempengaruh media sosial kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket perjudian untuk mempromosikan kegiatan judi dalam talian, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-27-pempengaruh-media-sosial-ditahan-promosi-judi-haram-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:19 MYT
Kuala Lumpur, 14 Jun 2024 - Polis menahan 27 pempengaruh media sosial kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket perjudian untuk mempromosikan kegiatan judi dalam talian, semalam.

Semua pempengaruh berusia antara 21 hingga 35 tahun termasuk 23 wanita itu ditahan dalam serbuan serentak di ibu kota, selain Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan mendapati sindiket membayar gaji kepada pempengaruh terbabit berdasarkan jumlah pengikut di akaun media sosial masing-masing.
"Setiap pempengaruh dibayar antara RM1,500 hingga RM8,000 bergantung jumlah pengikut mereka di media sosial.

"Siasatan mendapati setiap pempengaruh digaji sindiket ini aktif sekurang-kurangnya di dua platform media sosial," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../27-pempengaruh-media...

Sumber: Berita Harian

 
ArticlePublished 14 Jun 2024 8.53 AMUpdated 15 Aug 2026 8.10 PM