Article
Artikel Pilihan 206 Akaun Bank Bernilai Rm1 35 Juta Milik Gisbh Dibekukan Kpn
Kuala Lumpur, 3 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan keseluruhan 206 akaun berkait GISB Holdings (GISBH) bernilai lebih RM1.35 juta setakat i...
Kuala Lumpur, 3 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan keseluruhan 206 akaun berkait GISB Holdings (GISBH) bernilai lebih RM1.35 juta setakat ini.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai USD1,344.26 (RM5,688.80).
"Selain itu, PDRM turut membekukan pelbagai aset iaitu 31 kereta dan bas pelbagai guna serta 19 lot tanah.
"KIta turut menyita 19 kereta dan sebuah lori, wang tunai RM16,850, dua jam tangan jenama Amazfit dianggarkan bernilai RM600 serta pelbagai jenis haiwan dianggarkan bernilai RM230,000," katanya kepada BH, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../206-akaun-bank-bernilai...
Sumber: Berita Harian
