Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 206 Akaun Bank Bernilai Rm1 35 Juta Milik Gisbh Dibekukan Kpn

Diterbitkan: 03 Oct 2024 12.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 3 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan keseluruhan 206 akaun berkait GISB Holdings (GISBH) bernilai lebih RM1.35 juta setakat ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-206-akaun-bank-bernilai-rm1-35-juta-milik-gisbh-dibekukan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:22 MYT
Kuala Lumpur, 3 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan keseluruhan 206 akaun berkait GISB Holdings (GISBH) bernilai lebih RM1.35 juta setakat ini.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata tindakan pembekuan itu membabitkan 205 akaun bank bernilai RM1.35 juta serta satu akaun bank bernilai USD1,344.26 (RM5,688.80).
Katanya, tindakan pembekuan akaun dan harta berkait GISBH diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).
"Selain itu, PDRM turut membekukan pelbagai aset iaitu 31 kereta dan bas pelbagai guna serta 19 lot tanah.
"KIta turut menyita 19 kereta dan sebuah lori, wang tunai RM16,850, dua jam tangan jenama Amazfit dianggarkan bernilai RM600 serta pelbagai jenis haiwan dianggarkan bernilai RM230,000," katanya kepada BH, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../206-akaun-bank-bernilai...

Artikel Pilihan 206 Akaun Bank Bernilai Rm1 35 Juta Milik Gisbh Dibekukan Kpn
ArtikelDiterbitkan 03 Oct 2024 12.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM