Artikel
Artikel Pilihan 2 Penjenayah Lepaskan Beberapa Das Tembakan Sebelum Maut Ditembak
Johor Bahru, 15 Jun 2024 - Dua penjenayah maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad, di sini, petang semalam.
Johor Bahru, 15 Jun 2024 - Dua penjenayah maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.04 petang itu, seorang suspek berusia 42 tahun disahkan maut di lokasi kejadian bersama seorang lagi rakannya yang berada dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 42 tahun dan mempunyai 38 rekod jenayah membabitkan dadah manakala seorang lagi suspek belum dikenal pasti identitinya kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.
"Sepasukan polis dari Bahagian D14, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian D9, JSJ Kontinjen Johor mengekori sebuah Toyota Estima berwarna putih di lokasi kejadian berada dalam keadaan mencurigakan.
"Apabila menyedari diekori, suspek bertindak melarikan diri sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis yang sedang mengekori rapat.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../2-penjenayah-lepaskan...
Sumber: Berita Harian
