
Artikel
Artikel Pilihan 16 Termasuk Ceo Gisbh Ditahan Semula Di Bawah Sosma Hari Ini Pengarah Jsj
ARTIKEL PILIHAN: 16 TERMASUK CEO GISBH DITAHAN SEMULA DI BAWAH SOSMA HARI INI – PENGARAH JSJ
ARTIKEL PILIHAN: 16 TERMASUK CEO GISBH DITAHAN SEMULA DI BAWAH SOSMA HARI INI – PENGARAH JSJ
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2024 - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) bersama 15 lagi yang lain ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) hari ini.
Penahanan dibuat selepas tempoh reman mereka berakhir hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata selain CEO, individu lain yang ditahan di bawah SOSMA adalah pimpinan tertinggi rangkaian GISBH.
"Setakat ini, jumlah keseluruhan yang sudah ditahan di bawah SOSMA selama tempoh 28 hari adalah seramai 58 individu," katanya dalam sidang media khas Operasi Global hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../16-termasuk-ceo-gisbh...
Sumber: Berita Harian Online