Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 144 Mangsa Pemerdangangan Manusia Diselamatkan Pdrm 249 Individu Ditahan Kpn

Published: 28 May 2025 12.19 AM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Kuala Lumpur, 28 Mei 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan 144 mangsa pemerdagangan orang dan menahan 249 individu menerusi Operasi Pintas Mega yang dijalankan secara bersepadu di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-144-mangsa-pemerdangangan-manusia-diselamatkan-pdrm-249-individu-ditahan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Kuala Lumpur, 28 Mei 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan 144 mangsa pemerdagangan orang dan menahan 249 individu menerusi Operasi Pintas Mega yang dijalankan secara bersepadu di seluruh negara.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata serbuan ke atas sindiket pemerdagangan manusia dalam operasi sepanjang Februari lalu itu dikendalikan Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Gerakan itu turut disertai semua kontinjen polis dan membabitkan agensi strategik lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja dan pihak berkuasa tempatan.
Menurut Tan Sri Razarudin, sebanyak 45 serbuan berjaya dijalankan dengan tindakan tegas terhadap jaringan eksploitasi manusia mengikut Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

"Ini jelas membuktikan kesungguhan dan keupayaan PDRM dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran secara tuntas dan profesional," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran JSJ di Bukit Aman, di sini pagi tadi.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,https://www.bharian.com.my/.../144-mangsa-pemerdangan...
Sumber: Berita Harian

144 mangsa pemerdangan manusia diselamatkan PDRM, 249 individu ditahan | Berita Harian


ArticlePublished 28 May 2025 12.19 AMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM