Article
Artikel Pilihan 1 869 Pegawai Dan Anggota Dikenakan Tindakan Tiada Kompromi Kes Salah Laku Timbalan Kpn
Bangi, 7 September 2024 - Sebanyak 1,869 pegawai dan anggota dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak tahun lepas hingga Ogos, kata Timbalan...
Bangi, 7 September 2024 - Sebanyak 1,869 pegawai dan anggota dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak tahun lepas hingga Ogos, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
“Kita sentiasa memantau penglibatan pegawai serta anggota yang ada kaitan dengan aktiviti salah laku sebagai langkah pemerkasaan dan pematuhan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tindakan ini konsisten serta berterusan sebagai pelan intervensi jangka pendek dan panjang dalam menangani salah laku membabitkan warga PDRM,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam ke-20 di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.
Sumber: BERNAMA
