Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 1 671 Pegawai Anggota Polis Dibuang Kerja Dalam Tempoh 10 Tahun Pengarah Jips

Published: 25 Jul 2024 6.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Beliau berkata, dalam tempoh itu juga 15,546 pegawai dan anggota dikenakan pelbagai hukuman tatatertib, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga membuka serta melaksanakan siasatan yang membabitkan 40,436 kertas siasatan tatatertib (KST) dan kertas enkuiri tatatertib (KET).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-1-671-pegawai-anggota-polis-dibuang-kerja-dalam-tempoh-10-tahun-pengarah-jips
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuala Lumpur, 25 Julai 2024 - Seramai 1,671 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan hukuman buang kerja atas pelbagai kesalahan sejak 2014 hingga Jun tahun ini, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, CP Dato' Sri Azri Ahmad.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga 15,546 pegawai dan anggota dikenakan pelbagai hukuman tatatertib, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga membuka serta melaksanakan siasatan yang membabitkan 40,436 kertas siasatan tatatertib (KST) dan kertas enkuiri tatatertib (KET).

"Bagi pelaksanaan teras pematuhan, dari semasa ke semasa kira-kira 10,000 hingga 20,000 petugas dipantau dan diperiksa secara langsung oleh Cawangan Pematuhan JIPS selaku badan pemerhati," katanya ketika berucap pada sambutan satu dekad penubuhan JIPS di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Azri berkata, keutamaan pemantauan adalah ke atas petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan masyarakat iaitu bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan mematuhi undang-undang, peraturan, arahan dan prosedur operasi standard.

"Mana-mana pegawai yang dikesan melakukan salah laku akan diambil tindakan sewajarnya. Prinsip asasnya, semakin kerap pemeriksaan dibuat, semakin tinggi tahap pencegahan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../1671-pegawai-anggota-polis...

Sumber: Berita Harian

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad.
ArticlePublished 25 Jul 2024 6.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM