Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Apa Kata Anda Antara Bebanan Dan Tanggungjawab Polis Bekerja Hampir 300 Jam Sebulan

Published: 12 Jun 2019 3.28 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Bekerja hampir 200 sehingga 300 jam dalam tempoh sebulan. Itu adalah realiti yang perlu dihadapi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya anggota pangkat rendah yang memerlukan tenaga mereka dikerah pada bila-bila masa, namun dibayar gaji tidak setimpal. Jika dilihat pada kadar gaji untuk konstabel sokongan di antara RM1,100 sehingga RM1,400 sebulan manakala berpangkat konstabel pula, RM1,300 sehingga RM1,700,
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/apa-kata-anda-antara-bebanan-dan-tanggungjawab-polis-bekerja-hampir-300-jam-sebulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:52 MYT

Bekerja hampir 200 sehingga 300 jam dalam tempoh sebulan. Itu adalah realiti yang perlu dihadapi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya anggota pangkat rendah yang memerlukan tenaga mereka dikerah pada bila-bila masa, namun dibayar gaji tidak setimpal.

Jika dilihat pada kadar gaji untuk konstabel sokongan di antara RM1,100 sehingga RM1,400 sebulan manakala berpangkat konstabel pula, RM1,300 sehingga RM1,700, maka jelas sekali pendapatan golongan ini tidak mencukupi, lebih-lebih lagi untuk mereka yang bertugas di bandar-bandar besar.

Skim gaji dan manfaat kebajikan anggota polis pangkat rendah perlu dirasionalisasikan semula bersesuaian dengan risiko dan waktu kerja mencecah 24 jam sehari selain mengikut keperluan masa.

Kos sara hidup yang tinggi kebanyakan anggota yang betugas di kawasan bandar menjadi faktor utama dan manfaat kebajikan anggota perlu dikaji semula.

Selain itu, skim gaji pegawai rendah PDRM yang sedia ada juga jauh ketinggalan dalam rasionalisasi skim perkhidmatan 252 penjawat awam yang dilakukan kerajaan sebelum ini.

Cadangan dan perlaksanaan bagi menambah baik gaji, logistik dan keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu dilihat secara serius demi meningkatkan aspek integriti pasukan.

JADI APA KATA ANDA?

Lontarkan komentar, idea bernas atau cadangan anda di ruangan komen posting ini

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia, halaman 2 & 3

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 12 Jun 2019 3.28 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM