Anak Kecil Ditinggal Seorang Diri Ditemui Merayau Jam 3 Pag
Serdang
- Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki meninggalkan anak
perempuannya yang berusia tiga tahun seorang diri di rumah nyaris
mengundang padah apabila kanak-kanak itu diselamatkan selepas ditemui
merayau-rayau semalam.
Mangsa
yang lengkap berpakaian ditemui bermain seorang diri pada pukul 3 pagi
berhampiran sebuah tasik di Taman Wawasan, Puchong, kira-kira satu
kilometer dari rumah keluarganya.
Pengerusi
Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, mangsa
diselamatkan seorang lelaki yang juga ahli persatuan itu ketika dia
dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan sama. Lelaki itu kemudian
menyerahkan mangsa kepada polis.
Ketua
Polis Daerah Serdang, Assiten Komisioner Abdul Razak Alias mengesahkan
kejadian itu dan memberitahu, tindakan bapa mangsa meninggalkan anaknya
adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri boleh
mendatangkan bahaya. "Ibu bapa yang cuai boleh dikenakan tindakan di
bawah Akta Kanak-Kanak 2001," ujar beliau.

Sumber : Kosmo