Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ammtc Ke 17 Yang Dihadiri Kpn Bakal Labuhkan Tirai Dengan Deklarasi Labuan Bajo I

Diterbitkan: 22 Aug 2023 11.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Labuan Bajo, 22 Ogos 2023 - Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-17 Tahun 2023 yang dihadiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain di sini bakal melabuhkan tirainya dengan 'Deklarasi Labuan Bajo'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ammtc-ke-17-yang-dihadiri-kpn-bakal-labuhkan-tirai-dengan-deklarasi-labuan-bajo-i
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:14 MYT
Labuan Bajo, 22 Ogos 2023 - Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-17 Tahun 2023 yang dihadiri oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain di sini bakal melabuhkan tirainya dengan 'Deklarasi Labuan Bajo'.

Deklarasi itu yang antara lainnya memberi fokus kepada jenayah narkotik, terorisme, anti pemerdagangan orang dan anti penyeludupan migran serta menghalang penjenayah daripada melarikan diri ke luar negara (untuk mendapatkan perlindungan).
Selain daripada itu, deklarasi yang dimeterai bakal menjadi yang pertama dalam sejarah AMMTC, kerana ia menjadi manifestasi komitmen kesemua negara ASEAN untuk membanteras jenayah persempadanan di peringkat global.

Seperkara menarik dalam AMMTC ke-17 kali ini turut menyaksikan tiga negara antarabangsa dijemput menjadi rakan dialog iaitu Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea. Ketiga-tiga wakil agensi keselamatan negara tersebut turut mememberi input dan cadangan membina kepada kejayaan penganjuran AMMTC tahun ini.

Berikut adalah gambar-gambar menarik Ketua Polis Negara yang sempat dirakam lensa, dalam mesyuarat yang berlangsung penuh muhibah dan penuh warna-warni di Hotel Meruorah dan sekitar Labuan Bajo yang terletak dalam Daerah Nusa Tenggara Timur di Indonesia.

 
May be an image of table, lighting and text

May be an image of 6 people and lighting

May be an image of 10 people, suit and text that says 'SOUVENIR'

May be an image of 7 people, dais and text that says 'CASEA 1ምAVMTG MALAYSIA ASEAN 2023 INDONESIA 17th AMMTC THE SEVENTEENTH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON

ArtikelDiterbitkan 22 Aug 2023 11.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM