Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Allahyarham Koperal Asman Seorang Yang Cergas Dan Kuat

Published: 15 Feb 2020 3.55 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa sahabat kami ini. Tempatkanlah rohnya bersama para syuhada'.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/allahyarham-koperal-asman-seorang-yang-cergas-dan-kuat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:56 MYT

Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa sahabat kami ini. Tempatkanlah rohnya bersama para syuhada'.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang meninggal dunia selepas menyelamatkan penumpang bot karam di perairan Sandakan Khamis lalu, disifatkan sebagai seorang peramah, ringan tulang dan memiliki fizikal yang cergas.

Pegawai Memerintah, Batalion 15 PGA Sandakan, Superintendan Toipi Lamat berkata, beliau sangat berbangga dengan Allahyarham Koperal Asman Ongkal, 40, kerana masih berupaya menyelamat mangsa yang terbabit dalam insiden bot karam berkenaan.

Menurutnya, dalam kejadian itu, arwah masih mampu menyelamat penumpang bot, terutama pelajar yang dikatakan terperangkap di dalam bot berkenaan.

Katanya, saksi yang melihat kejadian ini memaklumkan, arwah menyelam dan menarik mangsa yang terperangkap di bawah atap bot yang tercabut lalu dinaikkan di atas bot awam di kawasan itu.

Bacaan lanjut menerusi portal Harian Metro di bawah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/545019/arwah-seorang-yang-cergas-kuat?fbclid=IwAR2vIK0HijX79MWovu3gpiZ8oEHQU5VJ7BEMikqhzCccWtcvPaUVWpmrmi4
ArticlePublished 15 Feb 2020 3.55 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM