
Artikel
Al Fatihah Timbalan Kpn Hadir Pengebumian Ibu Mertua Dato Mohd Roze
Putrajaya, 13 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke pengebumian Allahyarhamah Fatimah Abdul...
Putrajaya, 13 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke pengebumian Allahyarhamah Fatimah Abdullah iaitu ibu mertua kepada Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Roze Shaari di Tanah Perkuburan Islam Persint 20, di sini.
Kehadiran beliau turut diiringi Ketua Polis daerah, ACP A.Asmadi Hj. Abdul Aziz.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga DCP Dato' Mohd Roze dan mendoakan agar roh ibu mertua beliau dicucuri rahmatNya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.