
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Dan Allahyarham Konstabel Mohd Muradzi
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarha...
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Md Yasin dan Allahyarham Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang meninggal dunia dalam kemalangan semasa menjalankan tugas di Lebuhraya SILK dari arah Kajang menghala ke Putrajaya awal pagi tadi.
Sesungguhnya pemergian kedua-dua mereka yang berkhidmat sehingga ke hujung nyawa merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan, khususnya warga IPD Kajang.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh. Al-Fatihah...
Sumber: Polis Selangor