
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Koperal Sokongan Muhamad Zohair Dzulkefle
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirk...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Sokongan Muhamad Zohair Dzulkefle yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat tugasnya, pagi tadi.
Allahyarham bertugas di Cawangan Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama hampir 21 tahun.
Didoakan agar roh Allahyarham Koperal Sokongan Muhamad Zohair dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13022023