
Article
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus Mat Sarif
Didoakan agar roh Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus Mat Sarif yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat bertugasnya, pagi tadi.
Allahyarham bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 12 tahun.
Didoakan agar roh Allahyarham Koperal Muhammad Firdaus dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.