
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Koperal Muhamad Rafsamjani
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirk...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar yang telah meninggal dunia di kediamannya di Taman Saujana Meru, Klang, Selangor, semalam.
Allahyarham bertugas sebagai anggota Unit Portal dan Media Sosial, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 10 tahun.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham Koperal Muhamad Rafsamjani merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan khasnya Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) di mana Allahyarham merupakan seorang anggota yang amat komited dan berwibawa dalam melaksanakan tugas sepanjang perkhidmatannya.
Al-Fatihah.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#24072022