Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Al Fatihah Kakak Kepada Kpn Meninggal Dunia Di Usia 65 Tahun

Published: 10 Oct 2024 2.06 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Pilah, 10 Oktober 2024 - Kakak kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, Puan Rosnah Husain meninggal dunia di kediamannya dekat Kampung Parit Seberang, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-kakak-kepada-kpn-meninggal-dunia-di-usia-65-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:34 MYT
Kuala Pilah, 10 Oktober 2024 - Kakak kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, Puan Rosnah Husain meninggal dunia di kediamannya dekat Kampung Parit Seberang, di sini, pagi tadi.

Allahyarhamah meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 65 tahun.

Tan Sri Razarudin kelihatan sugul bersama kariah setempat yang membuat bacaan Yasin dan tahlil buat Allahyarhamah sebelum jenazah disolatkan selepas solat fardhu Asar tadi.
Jenazah kemudiannya disemadikan dekat Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Seberang bersebelahan pusara ayahnya, Allahyarham Husain Maarof yang meninggal dunia pada bulan Disember 2021.

Turut hadir menziarahi keluarga Tan Sri Razarudin tadi ialah Undang Luak Johol, Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed Hj. Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kerajaan Negeri Sembilan, Puan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.

Yang turut hadir, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, CP Dato’ Muhammed Hasbullah Ali, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bersama timbalannya, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman selaku Setiausaha Agung Persatuan Keluarga Polis Malaysia, DCP Datuk Suryani Sungit, Komander Unit Tindakhas, SAC Ahmad Jeffri Abdullah serta Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Hj. Mohd Gani.

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 11 people, ambulance and text


ArticlePublished 10 Oct 2024 2.06 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM