Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah Genap 75 Tahun Peristiwa Bukit Kepong Kekal Dalam Ingatan

Diterbitkan: 23 Feb 2025 6.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.45 PM
Meskipun 75 tahun telah berlalu, namun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya terhadap Balai Polis Bukit Kepong tidak pernah luput dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-genap-75-tahun-peristiwa-bukit-kepong-kekal-dalam-ingatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Meskipun 75 tahun telah berlalu, namun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya terhadap Balai Polis Bukit Kepong tidak pernah luput dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kejadian yang berlaku pada awal 23 Februari 1950, seramai 180 orang komunis melancarkan serang gerila ke atas balai polis tersebut dan telah berlaku pertumpahan darah di mana penyerang membunuh hampir semua pegawai polis yang bertugas.

Meskipun telah berjuang habis-habisan, namun akhirnya satu persatu wira negara bersama isteri mereka gugur menyembah bumi.

Peristiwa berdarah itu berakhir dengan 25 nyawa yang terdiri daripada 15 anggota polis, empat anggota Auxiliary Police dan enam ahli keluarga termasuk dua orang awam terkorban. Manakala empat lagi anggota polis mengalami kecederaan parah. Seramai 40 pengganas telah berjaya ditumpaskan pasukan polis dalam serangan tersebut.

Semoga perjuangan setiap wira-wira negara bersama ahli keluarga yang terkorban akan terus dihargai dan sentiasa dikenang oleh kita semua.
Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat para pejuang negara yang telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dengan para solihin.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArtikelDiterbitkan 23 Feb 2025 6.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.45 PM