Article
Al Fatihah Genap 75 Tahun Peristiwa Bukit Kepong Kekal Dalam Ingatan
Meskipun 75 tahun telah berlalu, namun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya terhadap Balai Polis Bukit Kepong tidak pernah luput dalam ingatan sel...
Meskipun 75 tahun telah berlalu, namun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya terhadap Balai Polis Bukit Kepong tidak pernah luput dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.
Meskipun telah berjuang habis-habisan, namun akhirnya satu persatu wira negara bersama isteri mereka gugur menyembah bumi.
Peristiwa berdarah itu berakhir dengan 25 nyawa yang terdiri daripada 15 anggota polis, empat anggota Auxiliary Police dan enam ahli keluarga termasuk dua orang awam terkorban. Manakala empat lagi anggota polis mengalami kecederaan parah. Seramai 40 pengganas telah berjaya ditumpaskan pasukan polis dalam serangan tersebut.
Semoga perjuangan setiap wira-wira negara bersama ahli keluarga yang terkorban akan terus dihargai dan sentiasa dikenang oleh kita semua.
Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat para pejuang negara yang telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dengan para solihin.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
