Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Al Fatihah Dua Anggota Polis Maut Kejar Suspek Lumba Haram

Published: 08 Aug 2021 6.25 AM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2021 - Dua anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengejar suspek lumba haram dalam Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 24.4 Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) dari arah Kajang menghala ke Putrajaya, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-dua-anggota-polis-maut-kejar-suspek-lumba-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:00 MYT
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2021 - Dua anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengejar suspek lumba haram dalam Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 24.4 Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) dari arah Kajang menghala ke Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, masing-masing berpangkat Sarjan dan Konstabel berusia 36 tahun dan 26 tahun, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang berpangkat Sarjan bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), manakala rakannya yang berpangkat Konstabel bertugas di Cawangan Jenayah (D4).

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, ketika kejadian, mereka sedang bersama-sama melakukan tugas dalam Operasi Samseng Jalanan BSPT IPD Kajang di laluan terbabit, yang sering digunakan samseng jalanan untuk berlumba.

"Kedua-dua mangsa, masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 115Z dan Yamaha RXZ mengejar suspek lumba haram dalam operasi itu.

"Ketika sedang mengejar, mangsa yang menunggang Yamaha 115Z dari arah Kajang bertembung dengan motosikal rakannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tuan Mohd Zaid berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian muka serta kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Md. Yasin dan Allahyarham Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi atas pemergian kedua-dua mereka. Semoga roh kedua-duanya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../anggota-polis-maut-ketika...

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 08 Aug 2021 6.25 AMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM