Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Al Fatihah Anggota Polis Maut Dirempuh Kereta Rakan Parah

Published: 05 Dec 2018 1.22 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 5 Disember 2018 - Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) maut manakala rakan setugasnya parah dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Semantan dari Jalan Damansara menghala ke ibu negara, awal pagi hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-anggota-polis-maut-dirempuh-kereta-rakan-parah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:30 MYT

Kuala Lumpur, 5 Disember 2018 - Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) maut manakala rakan setugasnya parah dirempuh kereta yang terbabas di Jalan Semantan dari Jalan Damansara menghala ke ibu negara, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian 3.50 pagi itu, Konstabel Mohd Zamri Sinsian, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, Konstabel Osman Ibrahim, 23, parah di kepala.

Seorang lagi anggota URB yang turut berada di situ, Koperal Mohd Samsul Ishak terselamat dalam kejadian itu.

Ketiga-tiga mereka adalah anggota URB dari Balai Polis Travers.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata ketika kejadian, tiga anggota URB menaiki tiga motosikal itu sedang membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah kereta di tepi Jalan Semantan. 
“Tiba-tiba datang sebuah kereta yang sedang menuruni bukit terbabas dan merempuh dua anggota URB terbabit dari arah belakang.

“Seorang anggota meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami pendarahan di kepala. Seorang lagi anggota URB terselamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 44 tahun yang memandu kereta berkenaan kini ditahan dan dibawa ke pejabat JSPT Kuala Lumpur untuk ujian alkohol menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA).

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala anggota yang cedera kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian,” katanya.

ArticlePublished 05 Dec 2018 1.22 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM