Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah Anggota Polis Bukit Aman Maut

Diterbitkan: 12 Oct 2018 10.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bentong, 12 Oktober 2018 - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 6 Jalan lama Bentong-Gombak di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-anggota-polis-bukit-aman-maut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:20 MYT

Bentong, 12 Oktober 2018 - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 6 Jalan lama Bentong-Gombak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata kejadian yang berlaku pada jam 8.28 pagi itu telah menyebabkan mangsa yang bernama Muhd Abdul A’zim Ishak, merupakan anggota polis narkotik Bukit Aman telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut bermula apabila mangsa dari Felda Mempaga 2 hendak ke tempat kerjanya di Bukit Aman manakala lori tersebut dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bentong.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori cuba mengelak air yang bertakung ke kanan jalan lalu bergesel dengan penunggang motosikal.

"Kemalangan tersebut telah menyebabkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah bahagian di bahagian kepala yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Yusuf berkata pemandu lori dan kelindannya tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, kemalangan tersebut telah menyebabkan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di sebelah kanan motosikalnya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan kes ini masih diteruskan,” katanya.

Al Fatihah Anggota Polis Bukit Aman Maut

ArtikelDiterbitkan 12 Oct 2018 10.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM