Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah 74 Tahun Tragedi Bukit Kepong Perjuangan Wira Wira Negara Kekal Terpahat Dalam Ingatan

Diterbitkan: 23 Feb 2024 2.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.46 PM
Hari ini genap 74 tahun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya terhadap Balai Polis Bukit Kepong berlaku, namun ia masih kekal terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-74-tahun-tragedi-bukit-kepong-perjuangan-wira-wira-negara-kekal-terpahat-dalam-ingatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:01 MYT
Hari ini genap 74 tahun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya terhadap Balai Polis Bukit Kepong berlaku, namun ia masih kekal terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Pengganas komunis telah merancang untuk menyerang balai berkenaan kerana kedudukannya yang agak pedalaman, iaitu sejauh 10 kilometer dari Lenga, sebuah pekan kecil dalam daerah Muar, Johor.

Dalam tragedi pagi 23 Februari 1950 itu yang turut dikenali sebagai “The Malayan Alamo” menyaksikan seramai 180 pengganas komunis telah mengepung sekeliling kawasan balai sebelum menyerang anggota-anggota polis yang sedang bertugas ketika itu.

Meskipun telah berjuang habis-habisan bagi mematah serangan musuh dan mempertahankan balai serta keluarga, namun akhirnya satu persatu anggota polis gugur menyembah bumi. Keberanian para isteri yang turut sama mengangkat senjata tidak mampu melawan bilangan musuh yang ramai.

Peristiwa berdarah itu berakhir dengan 25 nyawa yang terdiri daripada 15 anggota polis, empat anggota “Auxiliary Police” dan enam ahli keluarga termasuk dua orang awam terkorban. Manakala empat lagi anggota polis mengalami kecederaan parah. Seramai 40 pengganas berjaya ditumpaskan pasukan polis dalam serangan tersebut.

Semoga pengorbanan wira-wira negara bersama ahli keluarga mereka yang tercinta dalam peristiwa tersebut akan terus dihargai dan dikenang oleh semua rakyat Malaysia.
Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat para pejuang negara yang telah pergi. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dengan para solihin.

ArtikelDiterbitkan 23 Feb 2024 2.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.46 PM