Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Al Fatihah 73 Tahun Tragedi Bukit Kepong Imbas Kembali Perjuangan Wira Wira Negara Menentang Komunis

Published: 23 Feb 2023 1.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Setiap kali mendengar nama Bukit Kepong, ramai yang akan mengimbas kembali perjuangan wira-wira negara menentang komunis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-73-tahun-tragedi-bukit-kepong-imbas-kembali-perjuangan-wira-wira-negara-menentang-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:46 MYT
Setiap kali mendengar nama Bukit Kepong, ramai yang akan mengimbas kembali perjuangan wira-wira negara menentang komunis.

Lantas, kita juga akan terbayangkan kisah patriotik yang menyayat hati, pengorbanan anggota polis mempertahankan maruah negara hingga titisan darah yang terakhir mereka.

Meskipun sudah 73 tahun peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong berlaku, ia masih kekal terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam lipatan sejarah walaupun sudah 73 tahun berlalu. Sesungguhnya kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil pengorbanan jiwa dan raga wira-wira negara yang terdahulu.

Dalam tragedi pagi subuh 23 Februari 1950 itu yang turut dikenali sebagai ‘The Malayan Alamo’ menyaksikan seramai 180 pengganas komunis telah mengepung sekeliling kawasan balai sebelum menyerang anggota-anggota polis yang sedang bertugas ketika itu.

Meskipun telah berjuang habis-habisan bagi mematah serangan musuh dan mempertahankan balai serta keluarga, namun akhirnya satu persatu anggota polis gugur menyembah bumi. Keberanian para isteri yang turut mengangkat senjata juga tidak mampu melawan bilangan musuh yang ramai.

Peristiwa berdarah itu berakhir dengan 25 nyawa polis, polis bantuan dan ahli keluarga mereka terkorban. Manakala empat lagi anggota polis mengalami kecederaan parah. Seramai 40 pengganas telah berjaya ditumpaskan pasukan polis dalam serangan tersebut.

Kata-kata azimat yang dilaungkan oleh Sarjan Jamil, “Berpantang ajal sebelum maut,” telah menaikkan semangat mereka untuk berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah merupakan salah seorang pegawai polis yang mengetuai pasukannya menentang pihak komunis dalam peristiwa Bukit Kepong.

Semoga perjuangan mereka yang terkorban serta tercedera dalam peristiwa tersebut akan sentiasa dikenang oleh kita semua.

Bagi yang beragama islam, marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah buat wira-wira Balai Polis Bukit Kepong. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dengan para solihin.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 2 people and text that says 'Terbitan Konsep: Û Urus Setla KPN (Komunikasi Pus DIRAJA HINSUT MEMPERINGATI 73 TAHUN BALAI POLIS BUKIT KE

May be an image of tree and outdoors

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 4 people and people standing

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 1 person

May be an image of 6 people, people standing, tree and outdoors

May be an image of outdoors and tree
ArticlePublished 23 Feb 2023 1.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM