Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

906 Warga Kerja Bukit Aman Jalani Latihan Keselamatan Kebakaran

Published: 19 Dec 2018 7.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 19 Disember 2018 – Seramai 906 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam Latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/906-warga-kerja-bukit-aman-jalani-latihan-keselamatan-kebakaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:30 MYT

Kuala Lumpur, 19 Disember 2018 – Seramai 906 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam Latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Latihan kebakaran kali ini diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Kuala Lumpur, Tuan Logeswaran Lavan bersama 11 pegawainya.

Tujuan utama latihan keselamatan kebakaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja Bukit Aman khususnya tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran.

Sesi taklimat pada pagi ini telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Maklumat Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan PDRM, SAC Dato’ Shukri Abdullah.

Turut mengisi ruang program ialah sesi bertafakur dan bacaan surah Al-Fatihah kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Isnin lepas.

0R9A0616
Jentera Bomba tiba di pekarangan Menara 2, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman .

0R9A0643
Pegawai Bomba sedang menjalankan latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

0R9A0638
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

0R9A0595
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

0S5A5106
Sekitar Latihan Kebakaran di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

ArticlePublished 19 Dec 2018 7.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM