Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian, Maksiat, Kongsi Gelap (STAGG), Bukit Aman menahan 51 orang termasuk 11 wanita dalam yang menjadi bookie haram di kelab lumba kuda di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Ketua Penolong Pengarah STAGG, SAC Khairi Ahrasa berkata, hasil intipan selama sebulan pihaknya berjaya membongkar kegiatan haram tersebut yang mengganggu pelancong asing yang bertaruh di kelab lumba kuda tersebut.
Kebanyakan bookie yang ditahan adalah di kalangan mereka yang berpengalaman dalam dunia pertaruhan dan perjudian lumba kuda kerana ada di antara mereka yang menggunakan kod khas antara mereka bagi tujuan menggaburi mata pihak polis.
Sumber: Kosmo