Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

500 Warga Polis Perak Terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

Diterbitkan: 06 Sep 2019 1.46 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Seramai 500 pegawai kanan dan anggota pangkat rendah Polis Diraja Malaysia dari Kontinjen Perak dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai menghargai jasa dan bakti mereka dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang tempoh perkhidmatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/500-warga-polis-perak-terima-pingat-jasa-pahlawan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:50 MYT

Gerik, 5 September 2019 - Seramai 500 pegawai kanan dan anggota pangkat rendah Polis Diraja Malaysia dari Kontinjen Perak dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai menghargai jasa dan bakti mereka dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang tempoh perkhidmatan.

Istiadat penganugerahan pingat tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu dengan diiringi Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Zainal Abidin Kassim, Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Hasanuddin Hassan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua-ketua jabatan, pegawai kanan PDRM dan rakan-rakan media.

Image may contain: 1 person, standing, crowd, car and outdoor
Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Image may contain: 4 people, people standing

ArtikelDiterbitkan 06 Sep 2019 1.46 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM