Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

5 72 Juta Saman Dikeluarkan Tahun Lalu Hanya 1 42 Juta Diselesai

Published: 30 Jan 2019 8.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 30 Januari 2019 - Sebanyak 5.72 juta saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/5-72-juta-saman-dikeluarkan-tahun-lalu-hanya-1-42-juta-diselesai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT

​

Kuala Lumpur, 30 Januari 2019 - Sebanyak 5.72 juta saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Azisman Alias berkata, bagaimanapun daripada jumlah tersebut, hanya 25 peratus iaitu 1.42 juta saman telah dibayar.

“Saman-saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk enam kesalahan utama.

“Bagaimanapun, dua saman tertinggi dikeluarkan ialah kesalahan melebihi had laju dan meletak kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dato' Azisman berkata, sebanyak 548,598 kes kemalangan dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, Selangor muncul negeri tertinggi berlaku kemalangan iaitu sebanyak 163,078 kes atau 29.7 peratus.

“Johor pula merupakan negeri kedua tertinggi dengan 78,812 kes diikuti Kuala Lumpur iaitu 72,284 kes,” ujarnya.

Sumber: Utusan Online

​0R9A4845
​Sidang Media JSPT oleh Pengarah JSPT, DCP Dato’ Azisman Alias.

​0R9A4798
​Sidang Media JSPT oleh Pengarah JSPT, DCP Dato’ Azisman Alias.

​0R9A4771
​Sekitar sidang media berlangsung.

​0R9A4791
​Sekitar sidang media berlangsung.

ArticlePublished 30 Jan 2019 8.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM