Artikel
4 Perompak Kedai Runcit Viral Di Laman Sosial Diburu
Polis menjejaki empat lelaki selepas imej mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika merompak sebuah kedai runcit di Sagil, Ledang, menggunakan batang...
Polis menjejaki empat lelaki selepas imej mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika merompak sebuah kedai runcit di Sagil, Ledang, menggunakan batang tebu seperti yang menjadi viral di laman sosial.
Video berdurasi satu minit dan 58 saat itu mendapat perhatian ramai kerana berpendapat perompak berkenaan menggunakan kayu serta menyebabkan kecederaan.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohamed Salleh Abd Razak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 15 Julai lalu di sebuah kedai runcit di Sagil.
Aksi empat perompak berusia 30-an itu dirakam CCTV yang dipasang di premis perniagaan berkenaan dan polis kini dalam usaha mengesan suspek.
Sumber : Harian Metro