3 REMAJA BALING BATU KE ARAH KENDERAAN DITAHAN
Tiga remaja berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan polis dipercayai terbabit kegiatan membaling batu ke arah kenderaan di Kilometer 30, Jalan Kuala Pilah-Seremban, berhampiran Kampung Salok Paku, Terachi, Kuala Pilah, kelmarin.
Ketiga-tiga remaja bertindak membaling batu ke arah sebuah lori dan sebuah kereta yang memandu dari Kuala Pilah menuju ke Seremban.
Kedua-dua kenderaan pecah cermin hadapan menyebabkan mangsa bertindak keluar dari kenderaan dan ternampak tiga remaja lelaki melarikan diri dalam semak berhampiran dan mangsa sempat mengecam tiga remaja terbabit.
Sumber : Harian Metro