29 MAT MOTOR DITAHAN, TERMASUK EMPAT POSITIF DADAH
Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan perlumbaan haram motosikal di kalangan remaja dalam negeri Darul Iman itu ditaja oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan pesta atau hiburan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata, hasil risikan pihaknya mendapati terdapat segelintir pihak yang cuba mencari kesempatan ke atas golongan remaja di negeri ini bagi menjadikan lumba haram sebagai satu perkara yang mendatangkan hasil.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas pihaknya berjaya menggempur lokasi perlumbaan haram motosikal di kalangan remaja seawal usia 19 tahun.
Dalam operasi berkenaan seramai 13 penunggang dan 11 pembonceng ditahan kerana berlumba haram di Paya Resak sehingga menganggu ketenteraman awam.
Sumber: Utusan Malaysia