
286 Pelatih Kor Suksis Uitm Terima Watikah Pelantikan Inspektor
Shah Alam, 15 Februari 2020 - Seramai 286 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya mencatat sejarah apabila menerima sijil watikah pelantikan Inspektor Kor SUKSIS dalam majlis yang berlangsung penuh adat-istiadat kepolisan di Padang Kawad UiTM, di sini, pagi tadi.
Dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kor SUKSIS UiTM Kali Ke-5 itu, seramai 107 pelatih lelaki dan 179 pelatih wanita diberikan tauliah oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Zainal Abidin Kassim.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, majlis tersebut, DCP Dato’ Arjunaidi Mohamed, Komandan Kor SUKSIS UiTM merangkap Timbalan Naib Canselor, Profesor Dr. Azizan Abdullah dan Ketua JPJKK Selangor, SAC Dato’ Kumaran Karuppannan.
Sumber: Polis Selangor