Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

25 Warga Pdrm Sertai Misi Sar Ke Turkiye

Published: 16 Feb 2023 1.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur,15 Februari 2023 – Seramai dua pegawai dan 23 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye bermula 6 Februari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/25-warga-pdrm-sertai-misi-sar-ke-turkiye
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:20 MYT
Kuala Lumpur,15 Februari 2023 – Seramai dua pegawai dan 23 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye bermula 6 Februari lalu.

Misi tersebut diketuai oleh Komander SMART, Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Khairul Jamil selaku “Contingent Comander” manakala dua pegawai kanan polis iaitu DSP Safrizan Suhaini telah dilantik sebagai “Deputy Contingent Comander/UCC Officer” bersama Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris sebagai “SAR Officer Bravo”.

PDRM bersama agensi penguatkuasaan lain merupakan antara kumpulan pertama diatur gerak dalam Pasukan SMART bagi mengeluarkan baki mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan rentetan bencana alam yang turut mengorbankan ribuan nyawa.

Seluruh warga PDRM sentiasa mendoakan kejayaan dan keselamatan buat kesemua petugas yang menyertai misi SAR kali ini. Selamat maju jaya wira-wira!

May be an image of 3 people, people standing, outdoors and text that says 'SMART SMART JABATAN PERDANA MENTERI'
ArticlePublished 16 Feb 2023 1.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM