Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm

Published: 23 Jun 2015 8.12 AM Updated: 17 Jul 2026 12.15 PM
Oleh:Konst Daud Tuah Foto:Sjn Zaiddin Dahalan Penyunting:Insp Nithia Perumal Kuala Lumpur, 22 Jun - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara bagi tahun 2015 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, di sini, pagi tadi. Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata, sumbangan ini merupakan salah sat
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/25-000-bungkusan-hari-raya-untuk-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:21 MYT



Oleh:Konst Daud Tuah
Foto:Sjn Zaiddin Dahalan
Penyunting:Insp Nithia Perumal

Kuala Lumpur, 22 Jun - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara bagi tahun 2015 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, di sini, pagi tadi.

Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata, sumbangan ini merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi membalas jasa dan pengorbanan para pejuang kita yang berada di segenap pelusuk negara yang diamanahkan untuk bertugas demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ini.

"Pengorbanan pasukan keselamatan negara kita amatlah besar jika dibanding dengan sumbangan yang tidak seberapa ini," kata beliau.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah menerima sebanyak 25,000 bungkusan dari BAKTI sebagai tanda penghargaan kerana memikul tanggungjawab di perbatasan di sepanjang bulan Ramadhan serta Syawal bagi memastikan rakyat Malaysia hidup dengan aman makmur dan sejahtera.

Pasukan keselamatan yang turut menerima sumbangan adalah Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim.



25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm
Ketua Polis Negara bersama Panglima Angkatan Tentera

25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm
Gambar kenangan semasa menunggu ketibaan Yang DiPertua BAKTI

25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm
Nyanyian lagu Negaraku dan BAKTI

25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm
 Antara yang hadir

25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm
 Bacaan doa

25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm
Ketua Polis Negara terima bungkusan hari raya dari Yang DiPertua BAKTI

25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm
 Panglima Angkatan Tentera terima bungkusan hari raya dari Yang DiPertua BAKTI

25 000 Bungkusan Hari Raya Untuk Pdrm Laksamana Maritim terima bungkusan hari raya dari Yang DiPertua BAKTI

 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






ArticlePublished 23 Jun 2015 8.12 AMUpdated 17 Jul 2026 12.15 PM