Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

19 Individu Merusuh Dengan Parang Ditahan

Published: 27 Oct 2018 11.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Iskandar Puteri, 27 Oktober 2018 - Seramai 19 lelaki dipercayai terbabit dengan rusuhan bersenjatakan empat parang ditahan dalam kejadian di Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/19-individu-merusuh-dengan-parang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:17 MYT

Iskandar Puteri, 27 Oktober 2018 - Seramai 19 lelaki dipercayai terbabit dengan rusuhan bersenjatakan empat parang ditahan dalam kejadian di Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, semua suspek berusia 13 hingga 21 tahun ditahan pada jam 8.15 malam.

Katanya, penahanan suspek itu berikutan laporan diterima Balai PolisMutiara Rini berikutan kehadiran 30 lelaki bersenjatakan parang di kawasan itu.

“Bertindak atas aduan itu, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi dan menahan seramai 19 lelaki bersama empat bilah parang.

“Hasil siasatan awal, kami percaya punca kejadian untuk membalas dendam kejadian pergaduhan sebelum ini yang berlaku di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA),” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan menggunakan senjata.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966,” katanya. - BERITA HARIAN ONLINE

19 Individu Merusuh Dengan Parang Ditahan
ArticlePublished 27 Oct 2018 11.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM