Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

18 Pegawai Dan Anggota Pdrm Tamat Kursus Asas Sniper Utk

Published: 12 Jul 2025 11.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Langkawi, 12 Julai 2025 – Seramai 18 pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melakar kejayaan tersendiri apabila menamatkan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) Siri 1/2025 dengan cemerlang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/18-pegawai-dan-anggota-pdrm-tamat-kursus-asas-sniper-utk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:36 MYT
Langkawi, 12 Julai 2025 – Seramai 18 pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melakar kejayaan tersendiri apabila menamatkan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) Siri 1/2025 dengan cemerlang.

Lebih bermakna buat kesemua peserta apabila majlis penutupan kursus tersebut disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi, pagi tadi.

Sepanjang latihan yang diadakan selama sebulan bermula pada 10 Jun lalu, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas sniper merangkumi teknik menembak, penyamaran, pemerhatian, penilaian jarak serta faktor persekitaran yang mempengaruhi ketepatan tembakan bagi melahirkan penembak tepat dan berkeupayaan tinggi.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan penganugerahan Beret UTK, Lencana Sniper dan Lencana Selam Tempur Kehormat kepada Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid yang disempurnakan oleh Komander UTK, SAC Hisham Mahmood sebagai simbol penghormatan tertinggi atas sokongan dan kepercayaan berterusan beliau terhadap kepakaran serta profesionalisme unit elit itu.

Berucap dalam majlis penutup, Dato’ Sri Mohd Khalid berharap agar segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh kecekapan penugasan kelak. Beliau turut merakamkan penghargaan dan tahniah atas kejayaan semua peserta menamatkan latihan dengan penuh dedikasi.

Kemuncak majlis tadi menyaksikan Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menyempurnakan pemakaian lencana sniper kepada para peserta, disusuli penyampaian sijil kepada Lans Koperal Davern Gary David yang dinobatkan sebagai Peserta Kursus Terbaik.

Dalam majlis yang sama, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid berpeluang menguji keupayaan senjata dengan melepaskan tembakan ke arah sasaran menggunakan Rifle Sniper AX 338 dan Barrett .50 Caliber.

Hadir sama, Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman, SAC Anuar Rosdi, Komandan Pusat Latihan Polis Langkawi, ACP Mohd Junaidi Mat Akhir dan Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of 7 people and grass

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of ‎5 people and ‎text that says '‎NAKAN ዚብ 2025 OLEH: HD KMAUID BIN HΙ LIS RA SIAIL SHO ALIVO ផល י ကေနတ AMAR OM PE
ArticlePublished 12 Jul 2025 11.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM