Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

174 Terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

Published: 25 Feb 2019 9.01 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kota Bharu, 25 Februari 2019 - Seramai 174 pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat PolisKontinjen Kelantan telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dalam istiadat pengurniaan pingat di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana, dekat sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/174-terima-pingat-jasa-pahlawan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:57 MYT

Kota Bharu, 25 Februari 2019 - Seramai 174 pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat PolisKontinjen Kelantan telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dalam istiadat pengurniaan pingat di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana, dekat sini, pagi tadi.

Istiadat penganugerahan PJPN tersebut telah disempurnakan oleh KetuaPolis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara ketika era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Turut hadir Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Zainal Abidin Kassim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Hasanuddin Hassan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan PDRM dan rakan-rakan media.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Image may contain: 19 people, indoor
Image may contain: 3 people, people standing
Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 6 people, people standing
ArticlePublished 25 Feb 2019 9.01 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM