Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

172 Graduan Pdrm Dan Atm Terima Sijil Tamat Pengajian Daripada Kpn

Published: 16 Feb 2022 8.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cheras, 16 Februari 2022 - Seramai 172 graduan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menerima sijil tamat pengajian program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) daripada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/172-graduan-pdrm-dan-atm-terima-sijil-tamat-pengajian-daripada-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:07 MYT

Cheras, 16 Februari 2022 - Seramai 172 graduan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menerima sijil tamat pengajian program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) daripada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Kesemua graduan program kerjasama Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2018/2020 serta 2019/2021 itu diraikan dalam majlis penutupan yang berlangsung di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik) UM, Profesor Dr. Yatimah Alias, wakil Naib Canselor UKM, Profesor Madya Dr. Novel Lyndon serta Ketua Cawangan Latihan Pertahanan, Markas ATM, Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan, Brigedier Jeneral Puan Hjh. Fadzilah Hj. Abdullah TUDM.

Dalam majlis penutupan kali ini, seramai enam graduan
terbaik keseluruhan program menerima piala pusingan bersama sebuah plak dan sijil penghargaan.

Mereka terdiri daripada Pegawai Turus E2E Cawangan Khas, Bukit Aman, Superintendan Lai Yoon Thai yang dianugerahkan graduan
terbaik program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) sesi 2018/2020, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor, ACP Tuan Fakhrudin Abdul Hamid (DSSK sesi 2018/2020) dan Ketua Unit Taktikal / Teknikal Pusat Simulasi Taktikal Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, ASP Zaid Hafizi Hashim bagi program DESS sesi 2018/2020.
Manakala graduan terbaik keseluruhan untuk program sesi 2019/2021 pula ialah Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Tuan Zulkifli Abu Bakar bagi kategori Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPK Selangor, DSP Ahmad Izuddin Hj. Juhari (DSSK) serta ASP Siasatan / Perundangan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka, ASP Zaliza Nor Kadir bagi kategori DESS.
Hadir sama dalam majlis tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali serta Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Tan Chong Jin.

Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada semua graduan PDRM dan ATM yang berjaya menamatkan pengajian bagi sesi 2018/2020 dan 2019/2021!

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing, military uniform and text

May be an image of 13 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people sitting, people standing, indoor and text

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, indoor and text

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing


ArticlePublished 16 Feb 2022 8.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM