Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

15 Warga Asing Ditahan 15 Motosikal Curi Dirampas

Published: 24 Oct 2018 1.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seramai 15 individu warga asing ditahan dalam Op Lejang Sawit yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu PejabatPolis Kontinjen (IPK) Perak di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Simpang Pulai, Batu Gajah awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/15-warga-asing-ditahan-15-motosikal-curi-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:49 MYT

Seramai 15 individu warga asing ditahan dalam Op Lejang Sawit yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu PejabatPolis Kontinjen (IPK) Perak di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Simpang Pulai, Batu Gajah awal pagi semalam.

Dalam operasi jam lebih kurang 1.00 pagi itu, polis merampas 15 buah motosikal dipercayai motosikal curi. Hasil pemeriksaan polis mendapati kesemua motosikal tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menurut polis, serbuan diadakan bertindak atas maklumat dan risikan di kawasan penempatan pekerja ladang terbabit. Pihak polis memeriksa kira-kira 185 motosikal milik pekerja ladang.

Suspek yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia dan India serta berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Sumber: Tamil Nesan

15 Warga Asing Ditahan 15 Motosikal Curi Dirampas

ArticlePublished 24 Oct 2018 1.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM