Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

12 Pati Ditangkap Bukti Kerjasama Baik Polis Dan Orang Awam

Published: 24 Jul 2015 4.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam Op Gelora Khas di kawasan Pulau Tuba, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-pati-ditangkap-bukti-kerjasama-baik-polis-dan-orang-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:53 MYT

Langkawi, 22 Julai – Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam Op Gelora Khas di kawasan Pulau Tuba, semalam.

Komander PPM Wilayah 1 ACP Mohd Yusof Abdullah, berkata, penahanan kesemua PATI adalah hasil kerjasama PPM dengan seorang tekong bot pukat tunda di kawasan terbabit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati seramai 12 orang yang ditahan adalah warga Myanmar dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Kesemua PATI dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1952.
12 Pati Ditangkap Bukti Kerjasama Baik Polis Dan Orang Awam

ArticlePublished 24 Jul 2015 4.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM